Monday 30 May 2011

Peperiksaan Yang Membuka jalan....

Assalamualaikum. salam sejahtera semua. Alhamdulillah aku masih bisa menyedut oksigen yang xpernah ditarik oleh Allah yang Maha Penyayang. Peperiksaan SPM semakin hampir. saraf2 ku kian terasa kehangatannya. Spm sering dikata sebagai penentu dan pengukur kepada kejayaan masa hadapan seseorg samada jadi engineer kah dia, doktor kah dia tau apa2 pown. selalu org tua memikirkan tentang kerjaya anak2 mereka nanti. Mereka akan gembira apabila anaknya dapat menjadi seorg yg berpangkat tau berkedudukan. Tapi, xramai yg memikirkan bagaimana dengan agama anknya. Remaja itu sendiri tidak pernah memikirkan tentang hutangnya dengan Allah. setelah sekian harinya Allah memberi nikmat. adkah kita mahu mnjadi seperti perumpamaan org2 dahulu ' kacang lupakan kulit". Ramai yg belajar separuh nyawa. terutama yg akan menduduki peperiksaan penting. Yang mereka nampak hanya universiti luar negara, kerjaya selepas keluar universiti dan bla..bla.semuanya nikmat duniawi. Tapi, ramai mana yg memikirkan bagaimana dirinya mahu berbakti kepada Allah setelah begitu banyak nikmat yang diberikan-Nya. Xramai yg memikirkannya. Mmg benar. TIDAK RAMAI. Amat malang. ingatlah wahai pemuda-pemudi sekalian. Hutang kita dengan Allah mesti dibayar. Allah tidak meminta dalam bentuk kewangan tapi cukuplah dengan mengikut segala suruhannya dan tinggalkan segala larangannya. Kalau mahu lebih ganjaran berjihadlah di jalan Allah. Rancanglah dari detik ini bagaimana untuk menaikkan syiar Islam di muka bumi ini. Paling krang seandainya nyawa kita dijemput di saat selepas kita berniat untuk merancanakan sesuatu untuk Islam, kita sudah berada dalam Tangan Allah( penguasaan Allah). kita sudah dibeli oleh Allah.. Insya-Allah. Allah itu maha PENGASIH lagi Maha Penyayang. syurga menanti kita semua.. Takbir...