Saturday 20 November 2010

Cerpen Bersiri

HARUMAN CINTA DI TAMAN SYURGA

Siri 5

Nurul,
Setegas-tegasnya aku menolak tawaranmu itu. Aku ingin mengubati kelukaan hati ini dengan siraman air dari sungai-sungai syurga. Bukan air timah dar neraka. Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.
Nurul,
Ingatlah kepada azab Allah. Jika kita terus bertakwa, aku yakin Allah akan memberi jalan keluar dari kekusutan ini. Saat ini aku tidak bisa lakukan apa-apa keuali mengadu padaNya. Tidak mudah untuk mengait cinta dari taman syurga. Namun aku percaya dengan firmannya:
Wanita-wanita yang tiak baik adalah untuk lelaki yang tidak baik dan lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita-wanita yang tidak baik. Wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adala untuk wanita-wanita yang solehah.
Moga engkau mengerti. Kerana aku ingin mendapatkan hurul-aini yang suci bersih. Maka aku akan sentiasa menjaga kesucian aku. Selanjutnya Allah yang takdirkan.
Nurul,
Senangnya aku ulangi aku cinta padamu. Bersama surat ini aku kirimkan selendangku, semoga dengan pemberian ini akan menjadi penglipur ketika rindukan aku. Kepada Allah kita serahkan segala ketentuan jodoh kita.
Wassalam.

Muhd Riham al-Ikram
.............

Awan berarak dengan teratur. Membawa beban yang berat. Berkepul-kepul menjadi hitam. Langit bagai menangis. Hujan turun membasuh bumi. Selesai membaca surat dari Riham, Zahra menangis. Ia menangis bukan kerana kecewa dengan jawapan dari Riham tapi menangis kerana insaf dan menemukan sesuatu yang suci. Ia sangat berharga iaitu petunjuk dan hidayah. Pertemuan dan percintaan dengan seorang pemuda soleh bernama Riham membuatkan hatinya insaf. Riham telah mengubah jalan hidupnya.
Bermula dari titik itu, ia meninggalkan semua gaya hidunya yang lalu. Hidup yang penuh dengan keasyikan dunia. Diri yang bergelumang dosa. Sebelum ini, ia hidup dalam dunia yang glamour. Kini ia berpaling dari dunia dan menghadap arah wajahnya untuk akhirat. Dia takut dengan azab Allah. Tubuhnya bergetar hebat sebaik mendengar nama Allah. Selendang putih pemberian Riham ia jadikan hamparan untuk ibadahnya. Selendang itulah yang menjadi tempat di mana dirinya bersujud dan menangis dalam solat malamnya memohon bimbingan dan rahmat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Di atas selendang putih itu ia menemukan cinta yang suci lagi agung yang dianugerahkan Allah pada hambanya yang beriman. Cinta yang ditemui bukan saja cinta kepada manusia malahan cinta yang teragung iaitu cinta kepada Allah Azza Wa Jalla. Riham juga melakukan hal yang sama di rumahnya. Allah mengurniakan cinta yang murni sesuci cinta Adam dan Hawa. Kedua-duanya hanyut dibawa arus samudra cinta Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Cuti yang diambil Riham sudah tamat. Ia kembali masuk bertugas. Seri mukanya kembali menyirna. Allah Maha Rahman dan Rahim. Beberapa bulan kemudian Riham menerima sepucuk surat. Ternyata surat dari Nurul. Hati Riham berbunga-bunga.
Surat dipegangnya erat. Hatinya berteka-teki.

ikuti sambungannya...
sila tinggalkan komen..

Thursday 18 November 2010

Cerpen Bersiri
HARUMAN CINTA DI TAMAN SYURGA

Siri 4..



Disebalik tembok batu, Nurul terduduk kaku. Ia lebih tragis keadaanya. Jantungnya nyaris hancur mendengarnya. Badannya hampir lumpuh semuanya saat itu. Sarafnya terasa kejang. Ia pun pengsan saat itu juga.
…………………
Riham lansung ke dalam biliknya. Ia menghempas badannya di atas katil. Matanya tdak henti mengalir air yang sukar dkeluarkan kaum lelaki. Tapi ia tidak dapat menahan lagi. Kesedihanya memuncak hebat. Keimanan dan ketakwaan Riham masih tidak bisa mengusir dari menginginkan cinta Nurul. Keadaannya semakin mudarat. Dia hanya berkurung di dalam bilik. Dirinya hanya mendekatkan diri kepada Ilahi. Dia mengambil cuti. Dengan kondisi sedemikian dia tidak mngkin dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna.
Saat menghitung menjadi minit. Minit menghitung menjadi jam. Jam menghitung menjadi hari. Hari-hari Riham hanya diisi dengan bacaan al-quran, ia tidak mempedulikan soal dunia. Dunia luar bagaikan tidak wujud. Apa yang berlaku membuatkan ia menjadi nestapa. Badannya cukup lemah. Ia pun jatuh sakit. Suhu badannya sangat panas, ia sudah beberapa kali pengsan. Ia sering mengigau. Dalam igauannya, bibirnya teucap kalimat tasbih, tahlil, istighfar dan……. Nurul. Ibunya sangat bimbang.
"Ayah Riham, saya rasa anak kita perlu mendapat calon isteri yang baru untuknya. Dia sudah tidak bemaya lagi untuk meneruskan kehidupannya. Mungkin kerana cinta pertamanya ditolak".
"Kita berserah saja kepada Yang Esa. Riham tahu hukum-hukum agama. Sia-sialah saya menghantarnya belajar di sekolah agama hingga dapat melanjutkan pelajaran ke tanah Arab. Biarlah dia sendiri yang menyelesaikan kekusutannya. Itu lebih baik baginya".

Rasa cinta Nurul juga tidak kurang hebatnya. Dirinya juga tidak terurus. Jiwanya dibaluti kesedihan. Perasannya nekad. Ia nekad untuk menulis sepucuk surat kepada Riham:
Kepada Riham,
Assalamualaikum,
Kehadapan saudara yang aku cintai. Ingin aku beritahu bahawa aku benar-benar mecintaimu. Aku juga mahu mengahwinimu tapi orang tuaku telah memilih dahulu. Cinta yang mendalam terhadapmu membuatkan aku sakit dan menderita saat ini. Aku tahu dirimu juga begitu. Kaulah cinta pertamaku. Dan aku juga ingin kau menjadi pendampingku selama-lamanya.
Riham,
Ingin aku ulangi, aku mencintaimu. Ada tawaran bagimu.kalau kau mahu, aku tawarkan dua hal padamu untuk mengakis rasa haus kita berdua. Petama, aku akan ke tempatmu untuk memadu cinta atau kau daang ke bilikku. Kita akan memadu kasih bersama.
Wassalam.

Nurul Athieqa al-Zahra..

Nurul memasukkan surat ke dalam sampul. Surat itu ia kirimkan melalui sahabat setianya yang boleh dipercayai. Ia sempat berpesan agar agar surat itu lansung kepada Riham. Tolong pinta jawapan Riham saat itu juga.
Sahabat Nurul memberi surat itu pada Riham. Dengan hati gembira Riham menerima surat itu da langsung membacanya. Ia berasa seram sejuk. Darahnya bagai berhenti mengalir. Otaknya terasa bagai mahu pecah. Seluruh tubuhnya bergetar. Ia beristighfar banyak-banyak. Ia tidak menyangka ini bisa berlaku. Sekali lagi air matanya meniti di kelopak mata sambil menulis surat balas buat Nurul:



Kepada Nurul,

Ukhwafillah,
Kehadapan orang yang aku cintai. Memang benar aku mencintai mu. Namun cinta nestapa ku ini bukan semata-mata cinta yang berlandaskan nafsu. Cintaku ini kerana aku mahu menjulang cinta yang suci, cinta yang diredhai Allah Azza Wa Jalla. Inilah yang aku impikan. Fikiran warasku mampu lagi berfikir. Aku tida bisa mengikut kehendamu. Kerana kehendakmu akan menghancurkan cinta suci kita. Aku mahu cinta yang berlandaskan undang-undng yang ditetapkan Allah. Bukan sebuah cinta yang mengheret kita kelembah kehinaan dan dosa serta murka-Nya.

Nurul,

Setegas-tegasnya aku menolak tawaranmu itu. Aku ingin mengubati kelukaan hati ini dengan siraman air dari sungai-sungai syurga. Bukan air timah dar neraka. Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

Nurul,

Ingatlah kepada azab Allah. Jika kita terus bertakwa, aku yakin Allah akan memberi jalan keluar dari kekusutan ini. Saat ini aku tidak bisa lakukan apa-apa keuali mengadu padaNya. Tidak mudah untuk mengait cinta dari taman syurga. Namun aku percaya dengan firmannya:
Wanita-wanita yang tiak baik adalah untuk lelaki yang tidak baik dan lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita-wanita yang tidak baik. Wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adala untuk wanita-wanita yang solehah.
Moga engkau mengerti. Kerana aku ingin mendapatkan hurul-aini yang suci bersih. Maka aku akan sentiasa menjaga kesucian aku. Selanjutnya Allah yang takdirkan.

Nurul,
Senangnya aku ulangi aku cinta padamu. Bersama surat ini aku kirimkan selendangku, semoga dengan pemberian ini akan menjadi penglipur ketika rindukan aku. Kepada Allah kita serahkan segala ketentuan jodoh kita.
Wassalam.

Muhd Riham al-Ikram

Wednesday 17 November 2010

cerpen bersiri
Haruman Cinta Di Taman Syurga

siri 3

Terpaksa Riham menerima pemberian gadis itu. Gadis itu masuk ke dalam pagar rumah sambil matanya tidak lekang dari melihat Riham. Riham memasukkan gear 1 dan terus meluncur di atas jalan.
……………………
Senja mula menguap. Malam datang membentangkan hamparan hitamnya, kota Bharu kembali diganti sinar rembulan. Bayu malam semilir mengusap pipi.
Zahra tafakur di kamarnya. Kelopak matanya bersinar.sinar. Hatinya dingin. Fikirannya kosong. Sejak kejadian tadi, hatinya semakin gundah gulana. Bagaikan disimbah lava yang panas. Hatinya asyik membayangkan wajah bersih Riham. Pandangan matanya yang berpaling tatkala bertembug membuat hatinya semakin terpikat. Ia menatap wajah dan mendengar sendiri kesopanan tutur katanya. Yang menarik perhatiannya adalah kewibawaan dan ketangkasannya ketika berlawan. Tiba-tiba permata di matanya mengalir deras. Titik demi titik jatuh ke paha. Darahnya mengalir deras. Jantungnya mengepam darah luar biasa sekali. Hatinya merasakan aliran kedinginan dan kesayuan yang belum pernah dirasai sebelum ini. Kalbunya berkata:
"Inikah yang dipanggil cinta? Beginikah rasanya perawan jatuh cinta? Kedinginan mengairi darahnya. Hatinya beku. Ya Rabb, tak aku nafikan, aku telah berpaut dengan cinta.. Aku telah jatuh hati pada hamba-Mu yang bernama Riham. Sungguh, inilah kali pertama aku jatuh terpesona kepada seorang pemuda. Untuk pertama kalinya aku jatuh cinta. Ya Rabbi, izinkan aku menyintainya dan membina mahligai bersamanya".
Permata di matanya terus membasahi pipi. Fikirannya mula teringat selendang yang ia berikan kepada Riham. Ia senyum sinis. Lesung pipit di kedua-dua belah pipinya jelas timbul. Menyerlahkan lagi kecantikannya.
"Ah, selendangku ada di tangannya, tentu suatu hari nanti dia akan kembalikan kepada ku. Mesti dia akan kemari."
Hatinya berbunga-bunga. Wajah tampan bercahaya dan bermata coklat itu meniti di pelupuk matanya. Sementara itu di dalam kamar Riham, tangisi menemani detiknya. Ia menangisi hilangnya kekusyukan di dalam solat. Ia berasa sangat bersalah. Ia tidak tahu apa harus dibuat. Sejak bertemu dengan Nurul, hatinya lari dari khusyuk beribadah kepada Allah. Ia tidak bisa mengawal pukulan ombak dalam hatinya. Aura kecantikan Zahra bertapak dan mengcekam begitu ampuh dalam hatinya. Wajah itu sering terlintas dalam solat, dalam bacaan Al-quran dan dalam apa jua yang dia kerjakan. Ia cuba melawan. Ia cuba menepis bermati-matian aura pesona Nurul dengan cuba melakukan solat sekhusyuk-khsyukny, namun usaha itu sia-sia.
"Ya Rahman, kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Kuasa di atas setiap perkara. Aku tidak ingin hilang cinta-Mu. Aku tidak mahu jauh dari-Mu. Namun hatiku juga tidak dapat lari dari pesona pasanganku. Aku tidak bisa menangkis fitrah yang telah Engkau ciptakan. Pesona kecantikan makhluk yag Engkau ciptakan menarik hatiku. Saat ini hamba sangat tidak terdaya berhadapan dengan daya tarikan wajah dan suaranya, ya Ilahi, berikan kepadaku penawar untuk menahan diriku ini. Engkau curahkan titisan-titisan embun cintaMu dalam testa hatiku. Ya Rabbi, ampunilah dosa-dosaku. Tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaku. "Tangisan Riham mengadu kepada Tuhan, Sang Pencipta cinta, hati dan segala keindahan semesta.
Tangisan menjadi pendamping kepada Riham. Ia terus meratap dan menghiba. Hatinya yang disaluti selut cinta terus ia paksa untuk menangkis noda-noda nafsu. Dalam kedinginan malam, Riham bermunajat kepada Allah memohon perlindungan dari fitnah wanita. Pipinya tidak kering dari air mata, hatinya bergelora. Rasa cintanya kepada Tuhan semakin memuncak. Rasa gerun akan azab-Nya semakin dirasai. Ia tertidur dalam kekhusyukan ibadah. Embun-embun malam menitik ke bumi. Alunan cengkerik menghiburkan malam. Sirna rembulan samara-samar menyuluh bumi.
Satu pertiga malam mampir, ia tersedar dari tidur. Ia tersentak. Ia belum menunaikan solat tahajjud yang kebiasan dilakukan. Ia berasa begitu menyesal, ia menangis. Selalunya ia sudah menghabiskan beberapa ayat dalam solatnya.


Riham bangkit seraya membaca doa. Ia berwudhuk’ dan lansung solat tahajjud. Ia begitu khusyuk dalam solatnya. Ketika sujud, Riham berdoa:
"Ya Allah, aku memohon limpah Rahmat-Mu ke atas ku, hamba yang lemah ini tidak terdaya. Ya Rabbi, jauhilah aku dari lembah kebinasan, Engkau tergolongkanlah aku dalam kalangan orang-orag yang beriman. Ilahi, hamba memohon agar Engkau meredhai cintaku ini kepada Nurul Zahra. Engkau bimbinglah aku dalam cinta-Mu ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Menyayangi lagi Mengasihani. Amin!"
…………………
Fajar kian tinggi, seusai solat Dhuha, Riham nekad untuk mengutarakan hasratnya kepada kedua orang tuanya.
"Umi, Ham berterus terang ajelah. Sebenarnya Ham dah jumpa calon isteri. Ham mahu umi memetik si gadis untuk Ham. Harap umi tidak keberatan". Peluh deras menitik. Puan Sharifah seakan berada di alam mimpi.
" Ham ni biar betul, jangan nak bergura dengan umi. Kalau betullah, siapakah gadis itu.". Puan Sharifah berasa bahagia sekali.
" Umi setuju ke? Kalau macam tu, umi pergi bersiap-siap, sekarang juga kita pergi. Umi maklumkan kepada ayah sekali".

Riham memandu lansung ke rumah Nurul.. Tujuannya jelas mahu melamar Zahra. Hatinya mantap. Tidak berbelah-bahagi lagi, ia perlu segera melansungkan mahligai. Perasannya perlu dibendung jika tidak syaitan akan menyusap masuk. Dengan cara ini, ia boleh mengelak dari berlaku penzinaan. Di sana mereka disambut dengan baik oleh keluarga Nurul. Mereka sangat senang dengan kunjungan Riham yang telah menjadi penyelamat kepada anak perempuan mereka. Zahra telah menceritakan semuanya kepada orang tuanya. Zahra keluar sesaat untuk membawa minuman lalu berlalu ke dapur. Riham sempat curi pandang. Hatinya berdebar. Dari tabir, Nurul mendengar dengar teliti apa yang dbicarakan kedua orang tuanya dengan keluarga Riham.. Ibu Riham mengutarakan maksud kedatangannya. Ia mahu melamar Nurul.
Suasana sepi seketika. Sang ayah diam sesaat. Ia menarik nafas panjang-panjang. Sementara itu Nurul menanti dengan saksama. Kesepian mencakar jiwa masing-masing. Riham bertafakur. Kepalanya ditunduk menghadap lantai. Ia seakan-akan dapat mengagak jawapan yang bakal diberikan ayah Nurul. Ia pasrah dengan apa jua keputusan yang bakal diterimanya. Ayah Nurul mula memberi tindak balas.
Ia memberi jawapan.
"Anakku Riham, mungkin tiada rezeki mu. Kau datang terlewat. Aku memohon maaf, Nurul sudah dilamar oleh anak kawanku beberapa hari lepas. Aku telahpun menerima lamaran itu".
Riham hanya mempu diam. Hatinya hancur luluh. Ia amat jelas dengan apa yang didengarnya. Kelukaan hatinya terzahir dengan jelas di mukanya. Hirisan di hatinya tidak dapat dibendung lagi. Sang ibu begitu mengerti perasaan puteranya ketika itu. Ia memohon diri dengan mata bermanik-manik. Disebalik tembok batu, Nurul terduduk kaku. Ia lebih tragis keadaanya. Jantungnya nyaris hancur mendengarnya. Badannya hampir lumpuh semuanya saat itu. Sarafnya terasa kejang. Ia pun pengsan saat itu juga....

ikuti smabungannya..
sila berikan komen..