Monday 13 September 2010

Cerpen: Haruman Cinta Di Taman Syurga

Siri 2

Pada mulanya ia teragak-agak untuk melakukan. Inilah kali pertama dalam hidupnya bibirnya bertemu dengan bibir seorang gadis. Dia memejamkan matanya dan dengan kalam bismillah ia merapatkan bibirnya ke mulut gadis tersebut. Setelah beberapa kali melakukannya, gadis tersebut mula memberi tindak balas. Dia tersedu-sedu sambil berbuih-buih air keluar dari mulutnya. Matanya mula perlahan-lahan terbuka. Melihat keadaan itu, Riham terus bersujud syukur.
.......................
Beberapa bulan berlalu, fikirannya hanya tertumpu kepada lelaki yang menyelamatkan nyawanya. Dimanakah dia tinggal? Apakah namanya? Persoalan ini sering berlegar di kotak minda Nurul. Seusai solat Dhuha, Riham mula berganjak dari kamarnya menuju ke rumah Amir. Ia hendak menghadiri majlis kesyukuran sempena pertunangan sahabatnya. Ia memandu sambil hati terus berzikir memurajaah hafalannya. Sebelum tiba, Riham sempat berhenti di kedai cenderamata untuk membeli hadiah buat Amir. Selesai membeli, ia berjauhan dari kedai. Tiba-tiba retina matanya tepat memandang ke arah satu susuk tubuh yang berlari ke arahnya. Gegendang telinyanya memeperbesarkan bunyi untuk ditaksir oleh otak:
"Tolong! Tolooong!!"
Suara itu berpunca dari arah wanita yang berlari di depannya. Ia menghentikan langkah.
Toloong! Toloong!!’.
Suara it semakin jelas terdengar. Suara seorang gadis. "Toloong! Toloong, ada orang mengejar saya! Kelihatan dua susuk tubuh yang agak sasa berlari kearahnya. Riham mula terasa tegang. Apa yang harus ia perbuat. Lelaki itu kian hampir dengannya dan tinggal beberapa belas meter di hadapannya. Ia mula menenagkan diri dan membaca selawat. Ia berdiri tegap di tengah jalan. Dua orang lelaki itu kini di depannya. Ia mula membuka langkah. Mujurlah ia pernah mengikuti kelas silat semasa di sekolah dulu. Riham menyambar tangan lalu dihayunkan ke belakang. Serta merta lelaki itu tersungkur ke tanah. Kaki ia hinggap dengan lahapnya di muka si penyangak itu. Prap.. Penumbuk sulung terlekat dengan kuatnya di muka si bajingan itu. Ketangkasan Riham memang diakui. Ketika di sekolah, dia sempat mempelajari silat gayong. Si bajingan itu tercedera sedikit. Mereka mula mengundurkan diri. Gadis tadi masih kaget dengan apa yang baru saja menimpanya. Riham mendekati perempuan itu dan menyapa:
"Assalamu’alaiki. Kamu tidak apa-apa?"
Ada desiran yang kencang dalam hati Riham. Ini masuk kali kedua ia menolong gadis ini. Mungkinkah ini jodohnya. Huh.. Tidak mungkin. Ia menafikan. Gadis itu mengadu. Mukanya dibaluti kepucatan. Bercampur perasaan takut, gembira, gundah dan terkejut. Dua iris biji matanya yang kebiruan menatap Riham. Bibirnya terketar-ketar sedikit. Dengan nada yang perlahan ia menjawab:
"Alhamdulliah, saa..saya tidak apa-apa. Hanya terkejut dan takut. Mungkin saya masih shock".
"Syukurlah tidak ada apa-apa".
Dua retina mata Nurul terus asyik memandang wajah tampan Riham. Riham menundukkan pandangan bila menyedari Nurul sedang merenungnya. Dia teringat kata-kata Saidina Umar yang mengatakan "Aku lebih rela berjalan di belakang singa daripada berjalan di belakang perempuan". Fikiran warasnya masih elok berfikir. Wajahnya memang mempesonakan. Kalbu Riham terketuk dengan keayuan wanita yang berada di depannya. Hatinya meronta-ronta untuk bertanya nama gadis itu. Inilah pertemuan kali yang kedua selepas beberapa bulan yang lepas ia telah menyelamatkan nyawa perempuan ini. Ketika itu, ia tidak terfikir untuk bertanya nama kerana pada masa itu kondisi Nurul sangat lemah.
"Tuan, saya ucapkan terima kasih. Kalau boleh tahu siapa nama tuan"? Inilah saat-saat yang dinantikan Nurul.
Riham mengangkat mukanya. Matanya khusyuk menatap wajah putih bersih mempesona. Kalbunya bergoncang hebat. Saraf dan sendinya terasa hangat. Sesaat lamanya keduanya beradu pandang. Sang gadis terkaku oleh ketampanan Riham. Gadis itu tersenyum dengan pipi kemerah-merahan. Riham tersedar, ia cepat-cepat membuang pandangan ke arah lain. Hatinya bergegar kuat. Astaghfirullah".
" Nama saya Riham al-Ikram". "Masyaalah, jadi kamulah yang telah menyelamatkan nyawa saya tempoh hari". Nurul terkejut.
"Tak tahulah. Itu mungkin cik salah orang ,". Dia sengaja tidak mahu mengaku kerana niatnya ikhlas .
"Betullah kamu yang menyelamatkan saya tempoh hari, saya masih ingat". Nurul cuba meyakinkan. "Kamu mungkin tersilap orang," kata Riham sambil membalikkan badan. Ia melangkah. Ia sengaja mahu mengelak kerana dia khuatiri disalahkan kerana telah berlaku perkara yang mungkin tidak enak semasa menyelamatkannya tempoh hari.
"Tungg dulu Cik Riham! Kenapa perlu segera? Persoalan saya belum tamat lagi!"
Riham terus melangkah tanpa mempedulikan gadis itu. Jujurnya memang berat untuk Riham meninggalkan gadis itu. Tiba-tiba gadis itu berkejar ke hadapannya. Ia berdiri di hadapan Riham. Matanya sesaat memandang Riham. Terang saja Riham gundah. Jantungnya berdenyut kencang. Aliran darahnya semakin deras. Hatinya berdesir hebat menatap aura keayuan gadis yang ada di hadapannya. Sungguh, seumur hidupnya belum pernah mengalami setuasi setegang ini.
"Tuan, saya hanya mahu memperkenalkan diri saja. Tuan telah menyelamatkan saya dua kali. Saya begitu terhutang budi dengan tuan. Namaku Nurul Athieqa al- Zahra, panggil saja Nurul. Tuan, saya ingin memohon jasa baik tuan sekali lagi, bolehkah menghantar saya ke rumah. Rumah saya tidak jauh dari sini. Saya masih lagi takut untuk pulang sendirian.
Riham terpaku sesaat. Ia tiada pilihan lain selain menghantar gadis itu ke rumahnya. Dia khuatiri keselamatan gadis itu. Hatinya tiada niat lain, hanya untuk membantu kaum yang lemah. Akhirnya Riham berdetuju. Kereta Persona hitam meluncur di atas jalan. Tiada sepatah pun yang keluar dari mulut mereka berdua. Masing-masing menahan malu. Masing-masing melayan diri sendiri. Hati Riham tidak henti-henti bembaca ayat-ayat quran. Memohon perlindungan dari kejahatan wanita. 15 minit memandu, akhirnya tibalah di rumah Nurul. "Ayah pasti senang dengan kedatangan mu". Nurul mempelawa Riham masuk. "Maaflah, saya terpaksa pergi kerana ada janji dengan kawan. Sekali lagi saya memohon maaf." Riham punya alasan untuk melarikan diri. Sememangnya dia perlu hadir di majlis kawannya itu. "Sayang sekali, takkan tidak bisa sebentar". Nurul memujuk. Riham menggeleng. "Kalau begitu sebagai tanda terima kasih, saya mahu menghadiahkan ini."
Gadis itu menghulurkan tangan kanannya selendang hijau muda.
"Tidak usah."
"Ambillah, tidak apa-apa! Kalau tuan tidak bisa terima, saya tidak akan memberi jalan!"
Terpaksa Riham menerima pemberian gadis itu. Gadis itu masuk ke dalam pagar rumah sambil matanya tidak lekang dari melihat Riham. Riham memasukkan gear satu dan terus meluncur di atas jalan.

Sunday 5 September 2010

Kolum Remaja

SIRI 1..

"Kalimah cinta yang diungkapkan terlalu awal, pada usia yang teramat muda, sebenarnya adalah cinta yang didorong oleh nafsu seks"

Ahh, tiba-tiba saja terasa sudah cukup dewasa. Sudah rasa layak untuk berbuat apa sahaja. Timbullah perasaan ingin dicintai dam mencintai. "Ya, aku betul-betul sudah matang, sudah cukup dewasa untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk". Begitulah kebiasaan dialog hati dengan syaitan di dalam diri kita. Kata sesetengah cerdik pandai," Awasi remaja semasa di tingkatan dua……. saat itu paling menakutkan. Satu "turning point" atau pusingan ke arah kebaikan, keburukan atau sebaliknya kemungkinan besar berlaku. Macam-macam boleh terjadi. Dan yang paling mengerikan saat ini mungkin sudah boleh……….jatuh cinta!" Mungkinkah terjadi belum Baligh sudah bercinta? Kalau begitu mari kita sama-sama mendalami erti baligh yang sebenar. Akil baligh merupakan satu tahap dalam proses perkembangan biologi dan fisikologi manusia. Namun benarkah hanya setakat itu pengertian baligh? Macam nilah, menurut pandangan Islam, akil baligh tidaklah semudah itu. Justeru ia adalah satu tempoh yang amat signifikan dan kritikal dalam kehidupan seseorang manusia. Jika tidak manakan akil baligh dijadikan syarat wajib banyak perintah dalam ajaran Islam yang syumul seperti solat, puasa dan sebagainya? Baligh adalah satu titik perubahan ke satu tempoh yang sangat penting dalam kehidupan. Sayangnya, suatu perkara hanya akan dianggap penting bila kita tahu kepentingannya. Kata orang," Hanya orang yang sakit yang tahu sakitnya". Sekarang ramai yang tidak mengganggap akil baligh sebagai satu tempoh yang penting kerana ramai yang tidak tahu atau sedar akan kesan dan amplikasi akil baligh dalam kehidupan seseorang terutama hidup sebagai seorang muslim sejati.

SAAT PAHALA DOSA….
Sebenarnya akil baligh adalah detik di mana seseorang sudah boleh dikira layak dan mampu menunikan perintah Allah dan meninggalkan semua larangan-Nya. Itulah di mana saat-saat dosa dan pahala dicatat oleh Raqib dan Atib tanpa tertinggal satu amalan pun. Wahai saudaraku, sesungguhnya perkaa ini bukan soal remeh. Soal taat atau derhaka, pahala dan dosa, syurga atau neraka ini bukan soal yang boleh dibawa main-main. Tetapi mereka yang menganggap soal keyakinan kepada Allah serta perintah-Nya tidak begitu penting dalam kehidupan, maka akil baligh dilihat sebagai satu proses hidup yang biasa saja. Bila dosa dan pahala tidak diambil serius jadi apalah ertinya akil baligh dan peribadi muslim.

SEDAR TANGGUNGJAWAP.

Di peringkat ini remaja sewajarnya sudah sedar akan tugas dan tanggungjawap mereka. Remaja sepatutnya telah diingatkan , diberi dorongan dan dinyatakan batas-batas dan sempadan yang sepatutnya samada dalam kelakuan dan percakapannya oleh ibu bapa mereka. Tapi sayangnya, tempoh akil baligh ini dipandang remeh oleh kebanyakan remaja. Hal ini disebabkan oleh sikap meminggirkan Azza Wa Jalla dan agama dalam kehidupan. Jangan marah kalau ini terkena pada anda. Siapa yang makan cili dia akan rasa pedasnya. Manusia sekarang semakin kurang mendalami kekuatan dan keagungan Tuhan. Bak kata Adflin tidak kenal maka tidak cinta. Begitu juga terhadap Allah, bila tidak cinta Tuhan, maka automatiknya tidak minat untuk berhubung dengan-Nya. Bila tidak minat berhubung dengan-Nya maka dengan sendirinya soal ibadah pun akan diabaikan. Bukankah ibadah adalah satu alat perhubungan antara makhluk dengan Al-Khalidnya? Tepuk dada Tanya iman masing-masing. Mungkin ibu bapa yang bersalah keana tida mempersiapkan anak-anak dengan ilmu agama yang secukupnya. Itulah sebabnya orang suruh pergi sekolah agama. Tengoklah akibatnya, inilah jadinya. Tapi remaja juga bersalah. Ingat, bila sudah akil baligh, kita tidak boleh lagi menyalahkan sesiapa kecuali diri sendiri. Fikirlah sendiri. Jangan salahkan sesiapa seandainya hidup kita tidak menentu dan terjebak dengan masalah social. Kitalah yang sepatutnya dipersalahkan dan menanggung akibat perbuatan kita sendiri. Ya, mungkin ibu bapa memang bersalah pada awalnya, tapi itu bukan satu alasan kepada remaja untuk terus menerus mempersalahkan ibu bapa. Tanya diri kita? Kalau tidak dapat jua, terus menerus tanya hingga jawapan ada dalam minda kita. Bukan setakat ada dalam minda saja tapi dalam iman masing-masing. Kalau tidak dapat juga, orang itu perlu mengucap kalimah syahadah semula la jawapnya. Ini KAN, saya mahu memberitahu setelah akil baligh, para remaja sudah layak memikir, menilai dan membuat keputusan sendiri. Risiko dan untungnya perlu ditanggung sendiri. Saat ini sudah tidak boleh berada di bawah ketiak bonda lagi. Mestilah berdikari..FAham kawan..bagus..ok..Gud luck.

NANTIKAN KOLUM SETERUSNYA....

Thursday 2 September 2010

Cerpen: Haruman CiNta Di Taman Syurga

Di matanya, Pulau Langkawi nampak begitu mempesonakan. Sebuah pulau indah yang diapit oleh berpuluh-puluh gugusan pulau yang lain. Cahaya matahari yang menyinari alam menyambut kedatangan pagi. Ombak pantai yang berguling-guling menciptakan aura ketenangan dan keharmonian. Desiran ombak bagaikan suara zikir yang menciptakan keharmonian alam. Bayu laut yang mencium pipi membuatkan sesiapa saja rasa berbunga. Di pesisir pantai pasir kelihatan seumpama butiran-bitiran emas yang halus berkilauan diterpa sinaran mentari fajar. Suasana ini bisa memikat sesiapa sahaja yang berkunjung ke situ. Di matanya Langkawi bukan lagi berada di dunia. Namun, ia seakan-akan berada di alam kayangan yang dipenuhi keindahan dan keharmonian. Sememangnya bukan itu saja yang membuatkan hatinya berbunga. Bukan semata-mata sihir matahari fajar yang membuatkan hatinya terpesona. Matahari kebahagian sedang bersinar indah di sana. Helang berterbangan di udara menyambut kebahagian ini. Bunga-bunga mawar mengagihkan wanginya ke seantero. Dan penyebab itu semua tidak lain dan tidak bukan adalah seorang gadis yang di matanya memiliki kecantikan yang luar biasa. Kecantikannya bagai bunga mawar yang kembang kelopaknya yang paling indah antara yang terindah.

Ia tersenyum sendiri.
Dia malu dengan dirinya sendiri kerana begitu jauh mengelamun. Astaghfirullah! Dia beristighfar. Dalam keluarganya, dia dipanggil dengan panggilan manja, Ham. Ada juga yang memanggil dengan nama penuh, Riham. Di pulau itulah telah berlaku satu kejadian tidak mungkin dilupakan olehnya. Ia cuba mengingat kembali detik-detik ketika berlakunya kejadian tempoh hari.
Pada malam itu, alam diterangi sang purnama. Gugusan bintang bertebangan di setiap penjuru cakerawala. Oleh sebab suasana yang begitu memukau, alam bagai memanggilnya untuk keluar dari hotel berjalan-jalan di tepian pantai. Hatinya mendesak. Inilah peluang aku untuk melihat keagungan Allah yang tiada hadnya. Ia begitu tenang bila berjalan-jalan di tepi pantai. Kecelaruannya semasa bertungkus-lumus belajar hilang bagai air yang mengalir. Selama empat tahun ia meninggalkan Malaysia. Sebelum ini ia melanjutkan pelajarannya ke Riyadh. Di sinilah dia merasakan tempat yang paling baik untuk menenangkan fikiran. Semilir bayu laut menyesap ke dalam jiwa. Kerlipan lampu bot nelayan menyentuh lagi hatinya. Setiap langkahnya diiringi pujian kehadrat Allah. Al-Khalid!Itulah yang sering terlintas di hatinya. Allah yang menciptakan semua makhluk di muka bumi ini. Alangkah rugi dan hinanya manusia yang berpaling dari seruan-Nya. Langkah demi langkah, zikir demi zikir meniti di bibirnya.
Suara hatinya bagaikan menarik pandangan matanya untuk melihat ke satu arah. Retina matanya tepat memandang ke arah seorang gadis yang terkapai-kapai di tepi pantai. Dirinya nampak begitu lemah. Kakinya bagaikan diikat. Dia kaku dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Ia bukan tidak pandai berenang tetapi takut dirinya disalah anggap jika menolong gadis tersebut. Matanya berputar mencari orang lain untuk menolong gadis tersebut. Malangnya, tiada seorang pun yang berada berhampiran. Dia tiada pilihan lain lagi. Jika ia terlambat berkemungkinan gadis tersebut akan mati lemas. Ia beristighfar. Meminta pertolongan dari Allah. Dengan lafaz bismillah, dia terjun ke dalam laut. Seketika bertarung dengan air, akhirnya dia berjaya menyelamatkan gadis yang hampir mati lemas ke tepian pantai. Gadis tadi tidak sedarkan diri. Mukanya juga pucat. Riham berasa panik melihat keadaan itu. Dia tidak tahu untuk berbuat apa. Hanya ada satu cara yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan nyawa gadis itu. Otaknya ligat berfikir. Ya, hanya ‘CPR’ (persenyawaan mulut ke mulut) sahaja caranya. Jika aku membuat pernafasan mulut ke mulut, bolehkah. Tidak berdosakah aku berbuat demikian kepada bukan muhrimku. Dia bermonolog sendiri. Ia terlintas apa yang diberitahu oleh ustaznya. Jika berada dalam keadaan terdesak, yang haram boleh dihalalkan. Lagipun, ini demi menyelamatkan nyawa seorang insan. Ia memohon bimbingan dari Allah ia memaksa dirinya untuk melakukan pernafasan mulut ke mulut walaupun terasa amat berat untuk dilakukan. Pada mulanya ia teragak-agak untuk melakukan. Inilah kali pertama dalam hidupnya bibirnya bertemu dengan bibir seorang gadis. Dia memejamkan matanya dan dengan kalam bismillah ia merapatkan bibirnya ke mulut gadis tersebut. Setelah beberapa kali melakukannya, gadis tersebut mula memberi tindak balas. Dia tersedu-sedu sambil berbuih-buih air keluar dari mulutnya. Matanya mula perlahan-lahan terbuka. Melihat keadaan itu,
Riham terus bersujud syukur.

NANTIKAN SAMBUNGANNYA......

Cerpen Bersiri

Warkah khalifah siri 1



Selawat dan salam ke atas junjungan  Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh keluarga baginda. Salam ukhwafillah kepada sidang saudara pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Semoga masih diberi hidayah oleh Azza wa Jalla ke atas kita semua di dalam menjalani kehidupan seharian. Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Sidang pembaca sekalian, sudah bersediakah untuk terus membaca! Harap –harap kalian akan dapat menelusuri warkah ini hingga noktah terakhir. Gud luck…. Bolehkah kalian bertanya kepada diri kalian, agak-agaknya berapa tahun lagi dari detik ini bumi dapat bertahan dari kiamat Allah yang amat dasyat?? Sila masukkan tanda Tanya ini dalam iman kalian. Jawab sendiri erk.. Adakah kalian semua tahu bagaimana rasanya nikmat syurga dan azab neraka. Dua perkara yang pasti dan salah satu darinya akan kita semua tanggung. Berbahagialah bagi mereka yang mendapat nikmat syurga. Di dalamnya terisi bidadari-bidadari yang sebelumnya tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin. Kecantikannya amat luar biasa. Cuba bayangkan keluarbiasaan kecantikannya sehinggakan digambarkan betisnya yang putih melepak itu masih lagi bisa dilihat di sebalik 7 lapis sutera. Tiada suatu pun kecantikan di dunia ini bisa dibandingkan dengan kecantikan seorang bidadari. Adakah kalian masih tidak mahu nikmat ini. Jika tangan bidadari ini dihulurkan ke langit bumi nescaya akan teranglah 7 petala bumi dan 7 petala langit bahkan lebih terang dari sinar mentari. Masya’Allah. Sungguh agung ciptaan Allah. Masih tidak teringinkah kalian dengan kecantikan bidadari ini. Anda pasti! Anda pasti! Pasti dapat. Tapi syaratnya mesti dipatuhi. Semuanya sudah tertera di dalam al-Quran. Nikmat ini hanyalah sedikit jika mahu dibandingkan dengan nikmat-nikmat yang melimpah ruah di dalam syurga kelak. Adkah kita mahu mencemuh kpd teguran. Ayuhlah saudaraku.. Kalian masih setia! Syukran. Jom kita teruskan. Ok. Wahai saudaraku yang amat disayangi. Jika tadi nikmat syurga amat mempesonakan. Awas saudara. Ingat! Ingat! Ingat! Ancaman juga menanti kita semua. Api yang menjulang-julang terus menerus menanti ”tetamu”nya.. Tahukah kalian apakah bahan bakarnya? Cuba fikir dahulu.. sudah tentunya bahan bakarnya adalah manusia dan syaitan laknatullah.. tidak takut ke? Api yang ada di neraka sudah lama dinyalakan. Sebelum wujudnya kehidupan di dunia lagi. Bayangkan setiap saat bahangnya semakin membara. Dapatkah kita semua tahan dengannya. Dikisahkan bahawa api di dunia yang kita gunakan sehingga kini adalah berasal dari neraka jahanam. Adakah api di dunia panas? Lucukan.. tapi kalian semua mesti tahu bahawa malaikat yang menurunkan api dari neraka telah merendamnya di dalam lautan selama berpuluh-piluh tahun. Tetapi ia tetap tidak boleh di bawa ke bumi. Sehingga akhirnya api yg diambil dari neraka sebesar biji kurma yang dipotong dua. Mengapa seringkali kita mencemuh org yg sentiasa memberi peringatan dan teguran kpd kita. Ketuk pintu, tanya iman masing2.Tapi sedarkah kalian, kelakuan seharian kita semua banyak  menuju ke jalan kiri (neraka). Mungkin kita tidak sedar @ buat2 xsedar.. semasa berlakunya isra dan mikraj nabi Muhammad s.aw, baginda melihat golongan yg memonopoli kawasan neraka adalah golongan ”wanita”. Mengapa ini berlaku? Adakah wanita sekarang menjaga maruahnya? Apa itu maruah? Patutkah seorang wanita mempunyai maruah? Saya ingin berkongsi sedikit kisah yang ingin menunjukkan maruah seorang wanita ahli syurga. Dikisahkan semasa hayat Aisyah r.a bahawa beliau tidak mahu dikebumikan di tepi makam Rasulullah kerana malu dengan baginda. Semasa hayatnya, selepas kewafatan Rasululullah dan sahabat baginda, Umar yang telah dimakamkan di rumah Aisyah r.a, beliau tidak pernah menanggalkan jilbabnya(tudung) semasa berada di dalam rumah. Aisyah merasa walaupun Umar telah wafat, tetapi dia tetap malu untuk membuka auratnya. Bayangkan betapa menjaganya maruah wanita syurga ini. Tetapi adakah kalian (wanita) pd hari ini sudah cukup menjaga aurat yg melambangkan maruah seorg wanita islam. Tepuk dada, tanya iman masing2. kesopanan diri bagaimana? Muslimah yg sebenar ialah wanita yg mempunyai sifat malu. Malu untuk terlalu bebas berbicara dengan ajnabi tanpa ada urusan. Hanya sekadar suka2?? Sedih sekali..kalian nilai sendirilah. Masih setia! Tarik nafas panjang2. tenangkan fikiran. Ok.kita teruskan. Pemikiran kita semua telah dicemari dengan pemikiran duniawi semata. Data ukhrawi sudah diserang virus trojan yakni keseronokan dunia. Mengapa sekarang apabila keslahn kita ditegur dan diberitahu sering kali kita mencemuh, membenci dan sebagainya. Seolah-olah kita merasa terancam dengan teguran itu. Adkah kalian tidak tahu hikmah disebliknya? Org yg beriman sja yg akn tahu.. Ayuh saudara.. W.pun ke marikh sekalipun kita lari, hayat tetap mengejar. Jadi usahlah mengelak dari teguran. Seringkali penyampai risalah ALLAH dicemuh oleh manusia. Bukan sj sekarang tp sejak zaman dahulu lagi. Orang quraisy memperlekehkan Rasululullah dan mereka tidak suka mendengar kebenaran undang-undang Allah dalam quran. Adakah kita semua juga mahu sma dgn mrka. Marah apabila kebaikan datang. Mencemuh kpd si pembawa risalah. Dunia sudah terbalik. Manusia sekarang lebih suka kpd perkara yg membinasakan diri mereka. Jika seseorg datang mmbawa prkara yg melalaikan dan jauh terpesong dari ajakan Allah, maka itulah mnjadi kesukaan mereka. Mereka akan berasa senang dengannya. Mereka lebih suka kpd manusia yg buruk akhlaknya. Hubungannya dengan ALLAH begitu jauh. Solat hnya sekadar biskut chip smo.. penampilannya bkn melambangkan identiti seorg warga islam. Fuhhh.. itulah dunia. Tetapi berbeza sekali, apabila datangnya sesuatu yg mnghlang khndak dan cara hidup mereka, merka akan rasa tidak aman. Tidak selesa dengannya. Teguran yg diberikan cukup tidak disenangi. Agama seolah-olah perkara biasa. Itulah hidup dasawarsa kini. Wahai saudaraku sekalian. Kuatkan iman kalian. Kuatkan!kuatkan. jgnlah termasuk glongn ini. Golongn yg mncemuh peringatan dan teguran adlh sengaja menempah kecelakaan di akhirat kelak. Mudahan kita semua terlepas dari siksaan neraka yg amat pedih siksaannya. INGATLAH SYURGA & NERAKA ADALAH PASTI! Hanya kita saja yg memilihnya.. syabas diucapkan. Kalian telah berjaya menamatkan warkah ini hingga noktah terakhir. Jutaan terima kasih diucapkan. Semoga kita semua akan bertemu di ”syurga Allah kelak”. InsyaAllah..  Barakallahualaikum.. asalamualaikum...