Cerpen Bersiri
HARUMAN CINTA DI TAMAN SYURGA
Siri 4..
Disebalik tembok batu, Nurul terduduk kaku. Ia lebih tragis keadaanya. Jantungnya nyaris hancur mendengarnya. Badannya hampir lumpuh semuanya saat itu. Sarafnya terasa kejang. Ia pun pengsan saat itu juga.
…………………
Riham lansung ke dalam biliknya. Ia menghempas badannya di atas katil. Matanya tdak henti mengalir air yang sukar dkeluarkan kaum lelaki. Tapi ia tidak dapat menahan lagi. Kesedihanya memuncak hebat. Keimanan dan ketakwaan Riham masih tidak bisa mengusir dari menginginkan cinta Nurul. Keadaannya semakin mudarat. Dia hanya berkurung di dalam bilik. Dirinya hanya mendekatkan diri kepada Ilahi. Dia mengambil cuti. Dengan kondisi sedemikian dia tidak mngkin dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna.
Saat menghitung menjadi minit. Minit menghitung menjadi jam. Jam menghitung menjadi hari. Hari-hari Riham hanya diisi dengan bacaan al-quran, ia tidak mempedulikan soal dunia. Dunia luar bagaikan tidak wujud. Apa yang berlaku membuatkan ia menjadi nestapa. Badannya cukup lemah. Ia pun jatuh sakit. Suhu badannya sangat panas, ia sudah beberapa kali pengsan. Ia sering mengigau. Dalam igauannya, bibirnya teucap kalimat tasbih, tahlil, istighfar dan……. Nurul. Ibunya sangat bimbang.
"Ayah Riham, saya rasa anak kita perlu mendapat calon isteri yang baru untuknya. Dia sudah tidak bemaya lagi untuk meneruskan kehidupannya. Mungkin kerana cinta pertamanya ditolak".
"Kita berserah saja kepada Yang Esa. Riham tahu hukum-hukum agama. Sia-sialah saya menghantarnya belajar di sekolah agama hingga dapat melanjutkan pelajaran ke tanah Arab. Biarlah dia sendiri yang menyelesaikan kekusutannya. Itu lebih baik baginya".
Rasa cinta Nurul juga tidak kurang hebatnya. Dirinya juga tidak terurus. Jiwanya dibaluti kesedihan. Perasannya nekad. Ia nekad untuk menulis sepucuk surat kepada Riham:
Kepada Riham,
Assalamualaikum,
Kehadapan saudara yang aku cintai. Ingin aku beritahu bahawa aku benar-benar mecintaimu. Aku juga mahu mengahwinimu tapi orang tuaku telah memilih dahulu. Cinta yang mendalam terhadapmu membuatkan aku sakit dan menderita saat ini. Aku tahu dirimu juga begitu. Kaulah cinta pertamaku. Dan aku juga ingin kau menjadi pendampingku selama-lamanya.
Riham,
Ingin aku ulangi, aku mencintaimu. Ada tawaran bagimu.kalau kau mahu, aku tawarkan dua hal padamu untuk mengakis rasa haus kita berdua. Petama, aku akan ke tempatmu untuk memadu cinta atau kau daang ke bilikku. Kita akan memadu kasih bersama.
Wassalam.
Nurul Athieqa al-Zahra..
Nurul memasukkan surat ke dalam sampul. Surat itu ia kirimkan melalui sahabat setianya yang boleh dipercayai. Ia sempat berpesan agar agar surat itu lansung kepada Riham. Tolong pinta jawapan Riham saat itu juga.
Sahabat Nurul memberi surat itu pada Riham. Dengan hati gembira Riham menerima surat itu da langsung membacanya. Ia berasa seram sejuk. Darahnya bagai berhenti mengalir. Otaknya terasa bagai mahu pecah. Seluruh tubuhnya bergetar. Ia beristighfar banyak-banyak. Ia tidak menyangka ini bisa berlaku. Sekali lagi air matanya meniti di kelopak mata sambil menulis surat balas buat Nurul:
Kepada Nurul,
Ukhwafillah,
Kehadapan orang yang aku cintai. Memang benar aku mencintai mu. Namun cinta nestapa ku ini bukan semata-mata cinta yang berlandaskan nafsu. Cintaku ini kerana aku mahu menjulang cinta yang suci, cinta yang diredhai Allah Azza Wa Jalla. Inilah yang aku impikan. Fikiran warasku mampu lagi berfikir. Aku tida bisa mengikut kehendamu. Kerana kehendakmu akan menghancurkan cinta suci kita. Aku mahu cinta yang berlandaskan undang-undng yang ditetapkan Allah. Bukan sebuah cinta yang mengheret kita kelembah kehinaan dan dosa serta murka-Nya.
Nurul,
Setegas-tegasnya aku menolak tawaranmu itu. Aku ingin mengubati kelukaan hati ini dengan siraman air dari sungai-sungai syurga. Bukan air timah dar neraka. Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.
Nurul,
Ingatlah kepada azab Allah. Jika kita terus bertakwa, aku yakin Allah akan memberi jalan keluar dari kekusutan ini. Saat ini aku tidak bisa lakukan apa-apa keuali mengadu padaNya. Tidak mudah untuk mengait cinta dari taman syurga. Namun aku percaya dengan firmannya:
Wanita-wanita yang tiak baik adalah untuk lelaki yang tidak baik dan lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita-wanita yang tidak baik. Wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adala untuk wanita-wanita yang solehah.
Moga engkau mengerti. Kerana aku ingin mendapatkan hurul-aini yang suci bersih. Maka aku akan sentiasa menjaga kesucian aku. Selanjutnya Allah yang takdirkan.
Nurul,
Senangnya aku ulangi aku cinta padamu. Bersama surat ini aku kirimkan selendangku, semoga dengan pemberian ini akan menjadi penglipur ketika rindukan aku. Kepada Allah kita serahkan segala ketentuan jodoh kita.
Wassalam.
Muhd Riham al-Ikram
No comments:
Post a Comment