HARUMAN CINTA DI TAMAN SYURGA
Siri 5
Nurul,
Setegas-tegasnya aku menolak tawaranmu itu. Aku ingin mengubati kelukaan hati ini dengan siraman air dari sungai-sungai syurga. Bukan air timah dar neraka. Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.
Nurul,
Ingatlah kepada azab Allah. Jika kita terus bertakwa, aku yakin Allah akan memberi jalan keluar dari kekusutan ini. Saat ini aku tidak bisa lakukan apa-apa keuali mengadu padaNya. Tidak mudah untuk mengait cinta dari taman syurga. Namun aku percaya dengan firmannya:
Wanita-wanita yang tiak baik adalah untuk lelaki yang tidak baik dan lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita-wanita yang tidak baik. Wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adala untuk wanita-wanita yang solehah.
Moga engkau mengerti. Kerana aku ingin mendapatkan hurul-aini yang suci bersih. Maka aku akan sentiasa menjaga kesucian aku. Selanjutnya Allah yang takdirkan.
Nurul,
Senangnya aku ulangi aku cinta padamu. Bersama surat ini aku kirimkan selendangku, semoga dengan pemberian ini akan menjadi penglipur ketika rindukan aku. Kepada Allah kita serahkan segala ketentuan jodoh kita.
Wassalam.
Muhd Riham al-Ikram
.............
Awan berarak dengan teratur. Membawa beban yang berat. Berkepul-kepul menjadi hitam. Langit bagai menangis. Hujan turun membasuh bumi. Selesai membaca surat dari Riham, Zahra menangis. Ia menangis bukan kerana kecewa dengan jawapan dari Riham tapi menangis kerana insaf dan menemukan sesuatu yang suci. Ia sangat berharga iaitu petunjuk dan hidayah. Pertemuan dan percintaan dengan seorang pemuda soleh bernama Riham membuatkan hatinya insaf. Riham telah mengubah jalan hidupnya.
Bermula dari titik itu, ia meninggalkan semua gaya hidunya yang lalu. Hidup yang penuh dengan keasyikan dunia. Diri yang bergelumang dosa. Sebelum ini, ia hidup dalam dunia yang glamour. Kini ia berpaling dari dunia dan menghadap arah wajahnya untuk akhirat. Dia takut dengan azab Allah. Tubuhnya bergetar hebat sebaik mendengar nama Allah. Selendang putih pemberian Riham ia jadikan hamparan untuk ibadahnya. Selendang itulah yang menjadi tempat di mana dirinya bersujud dan menangis dalam solat malamnya memohon bimbingan dan rahmat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Di atas selendang putih itu ia menemukan cinta yang suci lagi agung yang dianugerahkan Allah pada hambanya yang beriman. Cinta yang ditemui bukan saja cinta kepada manusia malahan cinta yang teragung iaitu cinta kepada Allah Azza Wa Jalla. Riham juga melakukan hal yang sama di rumahnya. Allah mengurniakan cinta yang murni sesuci cinta Adam dan Hawa. Kedua-duanya hanyut dibawa arus samudra cinta Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Cuti yang diambil Riham sudah tamat. Ia kembali masuk bertugas. Seri mukanya kembali menyirna. Allah Maha Rahman dan Rahim. Beberapa bulan kemudian Riham menerima sepucuk surat. Ternyata surat dari Nurul. Hati Riham berbunga-bunga.
Surat dipegangnya erat. Hatinya berteka-teki.
ikuti sambungannya...
sila tinggalkan komen..
No comments:
Post a Comment