Monday, 13 September 2010

Cerpen: Haruman Cinta Di Taman Syurga

Siri 2

Pada mulanya ia teragak-agak untuk melakukan. Inilah kali pertama dalam hidupnya bibirnya bertemu dengan bibir seorang gadis. Dia memejamkan matanya dan dengan kalam bismillah ia merapatkan bibirnya ke mulut gadis tersebut. Setelah beberapa kali melakukannya, gadis tersebut mula memberi tindak balas. Dia tersedu-sedu sambil berbuih-buih air keluar dari mulutnya. Matanya mula perlahan-lahan terbuka. Melihat keadaan itu, Riham terus bersujud syukur.
.......................
Beberapa bulan berlalu, fikirannya hanya tertumpu kepada lelaki yang menyelamatkan nyawanya. Dimanakah dia tinggal? Apakah namanya? Persoalan ini sering berlegar di kotak minda Nurul. Seusai solat Dhuha, Riham mula berganjak dari kamarnya menuju ke rumah Amir. Ia hendak menghadiri majlis kesyukuran sempena pertunangan sahabatnya. Ia memandu sambil hati terus berzikir memurajaah hafalannya. Sebelum tiba, Riham sempat berhenti di kedai cenderamata untuk membeli hadiah buat Amir. Selesai membeli, ia berjauhan dari kedai. Tiba-tiba retina matanya tepat memandang ke arah satu susuk tubuh yang berlari ke arahnya. Gegendang telinyanya memeperbesarkan bunyi untuk ditaksir oleh otak:
"Tolong! Tolooong!!"
Suara itu berpunca dari arah wanita yang berlari di depannya. Ia menghentikan langkah.
Toloong! Toloong!!’.
Suara it semakin jelas terdengar. Suara seorang gadis. "Toloong! Toloong, ada orang mengejar saya! Kelihatan dua susuk tubuh yang agak sasa berlari kearahnya. Riham mula terasa tegang. Apa yang harus ia perbuat. Lelaki itu kian hampir dengannya dan tinggal beberapa belas meter di hadapannya. Ia mula menenagkan diri dan membaca selawat. Ia berdiri tegap di tengah jalan. Dua orang lelaki itu kini di depannya. Ia mula membuka langkah. Mujurlah ia pernah mengikuti kelas silat semasa di sekolah dulu. Riham menyambar tangan lalu dihayunkan ke belakang. Serta merta lelaki itu tersungkur ke tanah. Kaki ia hinggap dengan lahapnya di muka si penyangak itu. Prap.. Penumbuk sulung terlekat dengan kuatnya di muka si bajingan itu. Ketangkasan Riham memang diakui. Ketika di sekolah, dia sempat mempelajari silat gayong. Si bajingan itu tercedera sedikit. Mereka mula mengundurkan diri. Gadis tadi masih kaget dengan apa yang baru saja menimpanya. Riham mendekati perempuan itu dan menyapa:
"Assalamu’alaiki. Kamu tidak apa-apa?"
Ada desiran yang kencang dalam hati Riham. Ini masuk kali kedua ia menolong gadis ini. Mungkinkah ini jodohnya. Huh.. Tidak mungkin. Ia menafikan. Gadis itu mengadu. Mukanya dibaluti kepucatan. Bercampur perasaan takut, gembira, gundah dan terkejut. Dua iris biji matanya yang kebiruan menatap Riham. Bibirnya terketar-ketar sedikit. Dengan nada yang perlahan ia menjawab:
"Alhamdulliah, saa..saya tidak apa-apa. Hanya terkejut dan takut. Mungkin saya masih shock".
"Syukurlah tidak ada apa-apa".
Dua retina mata Nurul terus asyik memandang wajah tampan Riham. Riham menundukkan pandangan bila menyedari Nurul sedang merenungnya. Dia teringat kata-kata Saidina Umar yang mengatakan "Aku lebih rela berjalan di belakang singa daripada berjalan di belakang perempuan". Fikiran warasnya masih elok berfikir. Wajahnya memang mempesonakan. Kalbu Riham terketuk dengan keayuan wanita yang berada di depannya. Hatinya meronta-ronta untuk bertanya nama gadis itu. Inilah pertemuan kali yang kedua selepas beberapa bulan yang lepas ia telah menyelamatkan nyawa perempuan ini. Ketika itu, ia tidak terfikir untuk bertanya nama kerana pada masa itu kondisi Nurul sangat lemah.
"Tuan, saya ucapkan terima kasih. Kalau boleh tahu siapa nama tuan"? Inilah saat-saat yang dinantikan Nurul.
Riham mengangkat mukanya. Matanya khusyuk menatap wajah putih bersih mempesona. Kalbunya bergoncang hebat. Saraf dan sendinya terasa hangat. Sesaat lamanya keduanya beradu pandang. Sang gadis terkaku oleh ketampanan Riham. Gadis itu tersenyum dengan pipi kemerah-merahan. Riham tersedar, ia cepat-cepat membuang pandangan ke arah lain. Hatinya bergegar kuat. Astaghfirullah".
" Nama saya Riham al-Ikram". "Masyaalah, jadi kamulah yang telah menyelamatkan nyawa saya tempoh hari". Nurul terkejut.
"Tak tahulah. Itu mungkin cik salah orang ,". Dia sengaja tidak mahu mengaku kerana niatnya ikhlas .
"Betullah kamu yang menyelamatkan saya tempoh hari, saya masih ingat". Nurul cuba meyakinkan. "Kamu mungkin tersilap orang," kata Riham sambil membalikkan badan. Ia melangkah. Ia sengaja mahu mengelak kerana dia khuatiri disalahkan kerana telah berlaku perkara yang mungkin tidak enak semasa menyelamatkannya tempoh hari.
"Tungg dulu Cik Riham! Kenapa perlu segera? Persoalan saya belum tamat lagi!"
Riham terus melangkah tanpa mempedulikan gadis itu. Jujurnya memang berat untuk Riham meninggalkan gadis itu. Tiba-tiba gadis itu berkejar ke hadapannya. Ia berdiri di hadapan Riham. Matanya sesaat memandang Riham. Terang saja Riham gundah. Jantungnya berdenyut kencang. Aliran darahnya semakin deras. Hatinya berdesir hebat menatap aura keayuan gadis yang ada di hadapannya. Sungguh, seumur hidupnya belum pernah mengalami setuasi setegang ini.
"Tuan, saya hanya mahu memperkenalkan diri saja. Tuan telah menyelamatkan saya dua kali. Saya begitu terhutang budi dengan tuan. Namaku Nurul Athieqa al- Zahra, panggil saja Nurul. Tuan, saya ingin memohon jasa baik tuan sekali lagi, bolehkah menghantar saya ke rumah. Rumah saya tidak jauh dari sini. Saya masih lagi takut untuk pulang sendirian.
Riham terpaku sesaat. Ia tiada pilihan lain selain menghantar gadis itu ke rumahnya. Dia khuatiri keselamatan gadis itu. Hatinya tiada niat lain, hanya untuk membantu kaum yang lemah. Akhirnya Riham berdetuju. Kereta Persona hitam meluncur di atas jalan. Tiada sepatah pun yang keluar dari mulut mereka berdua. Masing-masing menahan malu. Masing-masing melayan diri sendiri. Hati Riham tidak henti-henti bembaca ayat-ayat quran. Memohon perlindungan dari kejahatan wanita. 15 minit memandu, akhirnya tibalah di rumah Nurul. "Ayah pasti senang dengan kedatangan mu". Nurul mempelawa Riham masuk. "Maaflah, saya terpaksa pergi kerana ada janji dengan kawan. Sekali lagi saya memohon maaf." Riham punya alasan untuk melarikan diri. Sememangnya dia perlu hadir di majlis kawannya itu. "Sayang sekali, takkan tidak bisa sebentar". Nurul memujuk. Riham menggeleng. "Kalau begitu sebagai tanda terima kasih, saya mahu menghadiahkan ini."
Gadis itu menghulurkan tangan kanannya selendang hijau muda.
"Tidak usah."
"Ambillah, tidak apa-apa! Kalau tuan tidak bisa terima, saya tidak akan memberi jalan!"
Terpaksa Riham menerima pemberian gadis itu. Gadis itu masuk ke dalam pagar rumah sambil matanya tidak lekang dari melihat Riham. Riham memasukkan gear satu dan terus meluncur di atas jalan.

No comments:

Post a Comment