Thursday, 2 September 2010

Cerpen: Haruman CiNta Di Taman Syurga

Di matanya, Pulau Langkawi nampak begitu mempesonakan. Sebuah pulau indah yang diapit oleh berpuluh-puluh gugusan pulau yang lain. Cahaya matahari yang menyinari alam menyambut kedatangan pagi. Ombak pantai yang berguling-guling menciptakan aura ketenangan dan keharmonian. Desiran ombak bagaikan suara zikir yang menciptakan keharmonian alam. Bayu laut yang mencium pipi membuatkan sesiapa saja rasa berbunga. Di pesisir pantai pasir kelihatan seumpama butiran-bitiran emas yang halus berkilauan diterpa sinaran mentari fajar. Suasana ini bisa memikat sesiapa sahaja yang berkunjung ke situ. Di matanya Langkawi bukan lagi berada di dunia. Namun, ia seakan-akan berada di alam kayangan yang dipenuhi keindahan dan keharmonian. Sememangnya bukan itu saja yang membuatkan hatinya berbunga. Bukan semata-mata sihir matahari fajar yang membuatkan hatinya terpesona. Matahari kebahagian sedang bersinar indah di sana. Helang berterbangan di udara menyambut kebahagian ini. Bunga-bunga mawar mengagihkan wanginya ke seantero. Dan penyebab itu semua tidak lain dan tidak bukan adalah seorang gadis yang di matanya memiliki kecantikan yang luar biasa. Kecantikannya bagai bunga mawar yang kembang kelopaknya yang paling indah antara yang terindah.

Ia tersenyum sendiri.
Dia malu dengan dirinya sendiri kerana begitu jauh mengelamun. Astaghfirullah! Dia beristighfar. Dalam keluarganya, dia dipanggil dengan panggilan manja, Ham. Ada juga yang memanggil dengan nama penuh, Riham. Di pulau itulah telah berlaku satu kejadian tidak mungkin dilupakan olehnya. Ia cuba mengingat kembali detik-detik ketika berlakunya kejadian tempoh hari.
Pada malam itu, alam diterangi sang purnama. Gugusan bintang bertebangan di setiap penjuru cakerawala. Oleh sebab suasana yang begitu memukau, alam bagai memanggilnya untuk keluar dari hotel berjalan-jalan di tepian pantai. Hatinya mendesak. Inilah peluang aku untuk melihat keagungan Allah yang tiada hadnya. Ia begitu tenang bila berjalan-jalan di tepi pantai. Kecelaruannya semasa bertungkus-lumus belajar hilang bagai air yang mengalir. Selama empat tahun ia meninggalkan Malaysia. Sebelum ini ia melanjutkan pelajarannya ke Riyadh. Di sinilah dia merasakan tempat yang paling baik untuk menenangkan fikiran. Semilir bayu laut menyesap ke dalam jiwa. Kerlipan lampu bot nelayan menyentuh lagi hatinya. Setiap langkahnya diiringi pujian kehadrat Allah. Al-Khalid!Itulah yang sering terlintas di hatinya. Allah yang menciptakan semua makhluk di muka bumi ini. Alangkah rugi dan hinanya manusia yang berpaling dari seruan-Nya. Langkah demi langkah, zikir demi zikir meniti di bibirnya.
Suara hatinya bagaikan menarik pandangan matanya untuk melihat ke satu arah. Retina matanya tepat memandang ke arah seorang gadis yang terkapai-kapai di tepi pantai. Dirinya nampak begitu lemah. Kakinya bagaikan diikat. Dia kaku dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Ia bukan tidak pandai berenang tetapi takut dirinya disalah anggap jika menolong gadis tersebut. Matanya berputar mencari orang lain untuk menolong gadis tersebut. Malangnya, tiada seorang pun yang berada berhampiran. Dia tiada pilihan lain lagi. Jika ia terlambat berkemungkinan gadis tersebut akan mati lemas. Ia beristighfar. Meminta pertolongan dari Allah. Dengan lafaz bismillah, dia terjun ke dalam laut. Seketika bertarung dengan air, akhirnya dia berjaya menyelamatkan gadis yang hampir mati lemas ke tepian pantai. Gadis tadi tidak sedarkan diri. Mukanya juga pucat. Riham berasa panik melihat keadaan itu. Dia tidak tahu untuk berbuat apa. Hanya ada satu cara yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan nyawa gadis itu. Otaknya ligat berfikir. Ya, hanya ‘CPR’ (persenyawaan mulut ke mulut) sahaja caranya. Jika aku membuat pernafasan mulut ke mulut, bolehkah. Tidak berdosakah aku berbuat demikian kepada bukan muhrimku. Dia bermonolog sendiri. Ia terlintas apa yang diberitahu oleh ustaznya. Jika berada dalam keadaan terdesak, yang haram boleh dihalalkan. Lagipun, ini demi menyelamatkan nyawa seorang insan. Ia memohon bimbingan dari Allah ia memaksa dirinya untuk melakukan pernafasan mulut ke mulut walaupun terasa amat berat untuk dilakukan. Pada mulanya ia teragak-agak untuk melakukan. Inilah kali pertama dalam hidupnya bibirnya bertemu dengan bibir seorang gadis. Dia memejamkan matanya dan dengan kalam bismillah ia merapatkan bibirnya ke mulut gadis tersebut. Setelah beberapa kali melakukannya, gadis tersebut mula memberi tindak balas. Dia tersedu-sedu sambil berbuih-buih air keluar dari mulutnya. Matanya mula perlahan-lahan terbuka. Melihat keadaan itu,
Riham terus bersujud syukur.

NANTIKAN SAMBUNGANNYA......

No comments:

Post a Comment