Salam Ya Akhi wa Ukhti. Selamat Bersua..Semoga kita semua mendapat manfaat dari usaha ini. DakWah generasi muda amat dibutuhkan..
Thursday, 2 September 2010
Warkah khalifah siri 1
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh keluarga baginda. Salam ukhwafillah kepada sidang saudara pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Semoga masih diberi hidayah oleh Azza wa Jalla ke atas kita semua di dalam menjalani kehidupan seharian. Masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Sidang pembaca sekalian, sudah bersediakah untuk terus membaca! Harap –harap kalian akan dapat menelusuri warkah ini hingga noktah terakhir. Gud luck…. Bolehkah kalian bertanya kepada diri kalian, agak-agaknya berapa tahun lagi dari detik ini bumi dapat bertahan dari kiamat Allah yang amat dasyat?? Sila masukkan tanda Tanya ini dalam iman kalian. Jawab sendiri erk.. Adakah kalian semua tahu bagaimana rasanya nikmat syurga dan azab neraka. Dua perkara yang pasti dan salah satu darinya akan kita semua tanggung. Berbahagialah bagi mereka yang mendapat nikmat syurga. Di dalamnya terisi bidadari-bidadari yang sebelumnya tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin. Kecantikannya amat luar biasa. Cuba bayangkan keluarbiasaan kecantikannya sehinggakan digambarkan betisnya yang putih melepak itu masih lagi bisa dilihat di sebalik 7 lapis sutera. Tiada suatu pun kecantikan di dunia ini bisa dibandingkan dengan kecantikan seorang bidadari. Adakah kalian masih tidak mahu nikmat ini. Jika tangan bidadari ini dihulurkan ke langit bumi nescaya akan teranglah 7 petala bumi dan 7 petala langit bahkan lebih terang dari sinar mentari. Masya’Allah. Sungguh agung ciptaan Allah. Masih tidak teringinkah kalian dengan kecantikan bidadari ini. Anda pasti! Anda pasti! Pasti dapat. Tapi syaratnya mesti dipatuhi. Semuanya sudah tertera di dalam al-Quran. Nikmat ini hanyalah sedikit jika mahu dibandingkan dengan nikmat-nikmat yang melimpah ruah di dalam syurga kelak. Adkah kita mahu mencemuh kpd teguran. Ayuhlah saudaraku.. Kalian masih setia! Syukran. Jom kita teruskan. Ok. Wahai saudaraku yang amat disayangi. Jika tadi nikmat syurga amat mempesonakan. Awas saudara. Ingat! Ingat! Ingat! Ancaman juga menanti kita semua. Api yang menjulang-julang terus menerus menanti ”tetamu”nya.. Tahukah kalian apakah bahan bakarnya? Cuba fikir dahulu.. sudah tentunya bahan bakarnya adalah manusia dan syaitan laknatullah.. tidak takut ke? Api yang ada di neraka sudah lama dinyalakan. Sebelum wujudnya kehidupan di dunia lagi. Bayangkan setiap saat bahangnya semakin membara. Dapatkah kita semua tahan dengannya. Dikisahkan bahawa api di dunia yang kita gunakan sehingga kini adalah berasal dari neraka jahanam. Adakah api di dunia panas? Lucukan.. tapi kalian semua mesti tahu bahawa malaikat yang menurunkan api dari neraka telah merendamnya di dalam lautan selama berpuluh-piluh tahun. Tetapi ia tetap tidak boleh di bawa ke bumi. Sehingga akhirnya api yg diambil dari neraka sebesar biji kurma yang dipotong dua. Mengapa seringkali kita mencemuh org yg sentiasa memberi peringatan dan teguran kpd kita. Ketuk pintu, tanya iman masing2.Tapi sedarkah kalian, kelakuan seharian kita semua banyak menuju ke jalan kiri (neraka). Mungkin kita tidak sedar @ buat2 xsedar.. semasa berlakunya isra dan mikraj nabi Muhammad s.aw, baginda melihat golongan yg memonopoli kawasan neraka adalah golongan ”wanita”. Mengapa ini berlaku? Adakah wanita sekarang menjaga maruahnya? Apa itu maruah? Patutkah seorang wanita mempunyai maruah? Saya ingin berkongsi sedikit kisah yang ingin menunjukkan maruah seorang wanita ahli syurga. Dikisahkan semasa hayat Aisyah r.a bahawa beliau tidak mahu dikebumikan di tepi makam Rasulullah kerana malu dengan baginda. Semasa hayatnya, selepas kewafatan Rasululullah dan sahabat baginda, Umar yang telah dimakamkan di rumah Aisyah r.a, beliau tidak pernah menanggalkan jilbabnya(tudung) semasa berada di dalam rumah. Aisyah merasa walaupun Umar telah wafat, tetapi dia tetap malu untuk membuka auratnya. Bayangkan betapa menjaganya maruah wanita syurga ini. Tetapi adakah kalian (wanita) pd hari ini sudah cukup menjaga aurat yg melambangkan maruah seorg wanita islam. Tepuk dada, tanya iman masing2. kesopanan diri bagaimana? Muslimah yg sebenar ialah wanita yg mempunyai sifat malu. Malu untuk terlalu bebas berbicara dengan ajnabi tanpa ada urusan. Hanya sekadar suka2?? Sedih sekali..kalian nilai sendirilah. Masih setia! Tarik nafas panjang2. tenangkan fikiran. Ok.kita teruskan. Pemikiran kita semua telah dicemari dengan pemikiran duniawi semata. Data ukhrawi sudah diserang virus trojan yakni keseronokan dunia. Mengapa sekarang apabila keslahn kita ditegur dan diberitahu sering kali kita mencemuh, membenci dan sebagainya. Seolah-olah kita merasa terancam dengan teguran itu. Adkah kalian tidak tahu hikmah disebliknya? Org yg beriman sja yg akn tahu.. Ayuh saudara.. W.pun ke marikh sekalipun kita lari, hayat tetap mengejar. Jadi usahlah mengelak dari teguran. Seringkali penyampai risalah ALLAH dicemuh oleh manusia. Bukan sj sekarang tp sejak zaman dahulu lagi. Orang quraisy memperlekehkan Rasululullah dan mereka tidak suka mendengar kebenaran undang-undang Allah dalam quran. Adakah kita semua juga mahu sma dgn mrka. Marah apabila kebaikan datang. Mencemuh kpd si pembawa risalah. Dunia sudah terbalik. Manusia sekarang lebih suka kpd perkara yg membinasakan diri mereka. Jika seseorg datang mmbawa prkara yg melalaikan dan jauh terpesong dari ajakan Allah, maka itulah mnjadi kesukaan mereka. Mereka akan berasa senang dengannya. Mereka lebih suka kpd manusia yg buruk akhlaknya. Hubungannya dengan ALLAH begitu jauh. Solat hnya sekadar biskut chip smo.. penampilannya bkn melambangkan identiti seorg warga islam. Fuhhh.. itulah dunia. Tetapi berbeza sekali, apabila datangnya sesuatu yg mnghlang khndak dan cara hidup mereka, merka akan rasa tidak aman. Tidak selesa dengannya. Teguran yg diberikan cukup tidak disenangi. Agama seolah-olah perkara biasa. Itulah hidup dasawarsa kini. Wahai saudaraku sekalian. Kuatkan iman kalian. Kuatkan!kuatkan. jgnlah termasuk glongn ini. Golongn yg mncemuh peringatan dan teguran adlh sengaja menempah kecelakaan di akhirat kelak. Mudahan kita semua terlepas dari siksaan neraka yg amat pedih siksaannya. INGATLAH SYURGA & NERAKA ADALAH PASTI! Hanya kita saja yg memilihnya.. syabas diucapkan. Kalian telah berjaya menamatkan warkah ini hingga noktah terakhir. Jutaan terima kasih diucapkan. Semoga kita semua akan bertemu di ”syurga Allah kelak”. InsyaAllah.. Barakallahualaikum.. asalamualaikum...
No comments:
Post a Comment