Sunday, 5 September 2010

Kolum Remaja

SIRI 1..

"Kalimah cinta yang diungkapkan terlalu awal, pada usia yang teramat muda, sebenarnya adalah cinta yang didorong oleh nafsu seks"

Ahh, tiba-tiba saja terasa sudah cukup dewasa. Sudah rasa layak untuk berbuat apa sahaja. Timbullah perasaan ingin dicintai dam mencintai. "Ya, aku betul-betul sudah matang, sudah cukup dewasa untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk". Begitulah kebiasaan dialog hati dengan syaitan di dalam diri kita. Kata sesetengah cerdik pandai," Awasi remaja semasa di tingkatan dua……. saat itu paling menakutkan. Satu "turning point" atau pusingan ke arah kebaikan, keburukan atau sebaliknya kemungkinan besar berlaku. Macam-macam boleh terjadi. Dan yang paling mengerikan saat ini mungkin sudah boleh……….jatuh cinta!" Mungkinkah terjadi belum Baligh sudah bercinta? Kalau begitu mari kita sama-sama mendalami erti baligh yang sebenar. Akil baligh merupakan satu tahap dalam proses perkembangan biologi dan fisikologi manusia. Namun benarkah hanya setakat itu pengertian baligh? Macam nilah, menurut pandangan Islam, akil baligh tidaklah semudah itu. Justeru ia adalah satu tempoh yang amat signifikan dan kritikal dalam kehidupan seseorang manusia. Jika tidak manakan akil baligh dijadikan syarat wajib banyak perintah dalam ajaran Islam yang syumul seperti solat, puasa dan sebagainya? Baligh adalah satu titik perubahan ke satu tempoh yang sangat penting dalam kehidupan. Sayangnya, suatu perkara hanya akan dianggap penting bila kita tahu kepentingannya. Kata orang," Hanya orang yang sakit yang tahu sakitnya". Sekarang ramai yang tidak mengganggap akil baligh sebagai satu tempoh yang penting kerana ramai yang tidak tahu atau sedar akan kesan dan amplikasi akil baligh dalam kehidupan seseorang terutama hidup sebagai seorang muslim sejati.

SAAT PAHALA DOSA….
Sebenarnya akil baligh adalah detik di mana seseorang sudah boleh dikira layak dan mampu menunikan perintah Allah dan meninggalkan semua larangan-Nya. Itulah di mana saat-saat dosa dan pahala dicatat oleh Raqib dan Atib tanpa tertinggal satu amalan pun. Wahai saudaraku, sesungguhnya perkaa ini bukan soal remeh. Soal taat atau derhaka, pahala dan dosa, syurga atau neraka ini bukan soal yang boleh dibawa main-main. Tetapi mereka yang menganggap soal keyakinan kepada Allah serta perintah-Nya tidak begitu penting dalam kehidupan, maka akil baligh dilihat sebagai satu proses hidup yang biasa saja. Bila dosa dan pahala tidak diambil serius jadi apalah ertinya akil baligh dan peribadi muslim.

SEDAR TANGGUNGJAWAP.

Di peringkat ini remaja sewajarnya sudah sedar akan tugas dan tanggungjawap mereka. Remaja sepatutnya telah diingatkan , diberi dorongan dan dinyatakan batas-batas dan sempadan yang sepatutnya samada dalam kelakuan dan percakapannya oleh ibu bapa mereka. Tapi sayangnya, tempoh akil baligh ini dipandang remeh oleh kebanyakan remaja. Hal ini disebabkan oleh sikap meminggirkan Azza Wa Jalla dan agama dalam kehidupan. Jangan marah kalau ini terkena pada anda. Siapa yang makan cili dia akan rasa pedasnya. Manusia sekarang semakin kurang mendalami kekuatan dan keagungan Tuhan. Bak kata Adflin tidak kenal maka tidak cinta. Begitu juga terhadap Allah, bila tidak cinta Tuhan, maka automatiknya tidak minat untuk berhubung dengan-Nya. Bila tidak minat berhubung dengan-Nya maka dengan sendirinya soal ibadah pun akan diabaikan. Bukankah ibadah adalah satu alat perhubungan antara makhluk dengan Al-Khalidnya? Tepuk dada Tanya iman masing-masing. Mungkin ibu bapa yang bersalah keana tida mempersiapkan anak-anak dengan ilmu agama yang secukupnya. Itulah sebabnya orang suruh pergi sekolah agama. Tengoklah akibatnya, inilah jadinya. Tapi remaja juga bersalah. Ingat, bila sudah akil baligh, kita tidak boleh lagi menyalahkan sesiapa kecuali diri sendiri. Fikirlah sendiri. Jangan salahkan sesiapa seandainya hidup kita tidak menentu dan terjebak dengan masalah social. Kitalah yang sepatutnya dipersalahkan dan menanggung akibat perbuatan kita sendiri. Ya, mungkin ibu bapa memang bersalah pada awalnya, tapi itu bukan satu alasan kepada remaja untuk terus menerus mempersalahkan ibu bapa. Tanya diri kita? Kalau tidak dapat jua, terus menerus tanya hingga jawapan ada dalam minda kita. Bukan setakat ada dalam minda saja tapi dalam iman masing-masing. Kalau tidak dapat juga, orang itu perlu mengucap kalimah syahadah semula la jawapnya. Ini KAN, saya mahu memberitahu setelah akil baligh, para remaja sudah layak memikir, menilai dan membuat keputusan sendiri. Risiko dan untungnya perlu ditanggung sendiri. Saat ini sudah tidak boleh berada di bawah ketiak bonda lagi. Mestilah berdikari..FAham kawan..bagus..ok..Gud luck.

NANTIKAN KOLUM SETERUSNYA....

No comments:

Post a Comment